Monday, January 20, 2014

BENGKEL ‘PUBLIC RELATIONS BOOT CAMP’ MEMBAWA MANFAAT BAGI IPPKKL

PUTRAJAYA, 2 September 2013 – Seramai 30 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berjaya menamatkan kursus perhubungan awam dan media yang berlangsung dari 9 hingga 11 September di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Majlis perasmian penutup kursus disempurnakan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Salleh yang berharap penganjuran kursus sedemikian dengan pakar-pakar dari bidang media sendiri akan memantap Kontinjen Polis Kuala Lumpur dalam menghadapi isu-isu semasa secara lebih efisyen.



 “Penganjuran kursus perhubungan awam (public relations) seperti ini yang menggunakan wartawan berkaliber serta pakar dari industri media dan perhubungan awam sendiri akan membantu memperkasa keupayaan pegawai-pegawai dan anggota IPPKKL untuk menggunakan media secara efektif bagi tujuan penyaluran maklumat kepada orang awam,” kata Datuk Mohamed Salleh dalam majlis penyampaian sijil tamat latihan.
Kursus yang dikenali sebagai ‘Public Relations Boot Camp’ itu meliputi latihan dalam bidang perhubungan media, komunikasi krisis dan juga media sosial.


Ia dianjurkan Bahagaian Perhubungan Media IPPKKL dengan kerjasama Intelectasia Consultancy, sebuah firma latihan perhubungan awam dan media yang memenangi anugerah emas dalam bidang perhubungan awam baru-baru ini.
Tambah Datuk Mohamed Salleh: “Kami amat berminat untuk meneroka secara lebih serius kepakaran yang dimiliki Intelectasia untuk digunakan bagi memantapkan pegawai dan anggota kami terutamanya dalam senario semasa yang menjadi semakin mencabar kepada pihak polis.”
Wakil peserta IPPKKL, ASP Zuraidah Samsudin pula memuji modul-modul yang digunakan sepanjang sesi kursus berkenaan yang dilihat amat bertepatan dengan keperluan dan kehendak PDRM.


“Adalah satu kelebihan bagi anggota PDRM untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perhubungan media, komunikasi krisis dan media sosial.  Melalui kursus ‘Public Relations Boot Camp’ ini yang diadakan selama tiga hari, kami berjaya mendapat pemahaman yang begitu mendalam terutamanya mengenai tren media terkini seperti kehendak portal berita online, cara menghadapi krisis media sosial dan banyak lagi. Kaedah dan teknik pengajaran juga amat menyeronokkan dan interaktif,” kata beliau.
Para peserta yang menghadiri kursus terbabit terdiri dari pegawai dan anggota dari beberapa bahagian IPPKKL termasuk Perhubungan Awam, Ketenteraman Awam, Ketua Balai serta  Trafik.


Selain Datuk Mohamed Salleh, majlis penutup itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh, Ketua Pegawai Eksekutif Intelectasia, Manminder Kaur Dhillon dan Ketua Pegawai Operasi Intelectasia Puspavathy Ramaloo.
Sebelum ini, Intelectasia juga telah melatih seramai 30 pegawai perhubungan awam PDRM dari seluruh negara melalui kursus yang sama.
Untuk maklumat lanjut mengenai Intelectasia, sila layari www.intelectasia.com

ENDS