PUTRAJAYA,
2 September 2013
– Seramai 30 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala
Lumpur berjaya menamatkan kursus perhubungan awam dan media yang berlangsung
dari 9 hingga 11 September di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Majlis perasmian penutup
kursus disempurnakan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Salleh yang
berharap penganjuran kursus sedemikian dengan pakar-pakar dari bidang media
sendiri akan memantap Kontinjen Polis Kuala Lumpur dalam menghadapi isu-isu
semasa secara lebih efisyen.
Kursus yang dikenali
sebagai ‘Public Relations Boot Camp’ itu meliputi latihan dalam bidang perhubungan
media, komunikasi krisis dan juga media sosial.
Ia dianjurkan Bahagaian
Perhubungan Media IPPKKL dengan kerjasama Intelectasia Consultancy, sebuah
firma latihan perhubungan awam dan media yang memenangi anugerah emas dalam
bidang perhubungan awam baru-baru ini.
Tambah Datuk Mohamed Salleh:
“Kami amat berminat untuk meneroka secara lebih serius kepakaran yang dimiliki
Intelectasia untuk digunakan bagi memantapkan pegawai dan anggota kami
terutamanya dalam senario semasa yang menjadi semakin mencabar kepada pihak
polis.”
Wakil peserta IPPKKL, ASP
Zuraidah Samsudin pula memuji modul-modul yang digunakan sepanjang sesi kursus
berkenaan yang dilihat amat bertepatan dengan keperluan dan kehendak PDRM.
“Adalah satu kelebihan bagi
anggota PDRM untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perhubungan
media, komunikasi krisis dan media sosial. Melalui kursus ‘Public Relations Boot Camp’
ini yang diadakan selama tiga hari, kami berjaya mendapat pemahaman yang begitu
mendalam terutamanya mengenai tren media terkini seperti kehendak portal berita
online, cara menghadapi krisis media sosial dan banyak lagi. Kaedah dan teknik
pengajaran juga amat menyeronokkan dan interaktif,” kata beliau.
Para peserta yang
menghadiri kursus terbabit terdiri dari pegawai dan anggota dari beberapa
bahagian IPPKKL termasuk Perhubungan Awam, Ketenteraman Awam, Ketua Balai serta
Trafik.
Selain Datuk Mohamed Salleh,
majlis penutup itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar
Singh Ishar Singh, Ketua Pegawai Eksekutif Intelectasia, Manminder Kaur Dhillon
dan Ketua Pegawai Operasi Intelectasia Puspavathy Ramaloo.
Sebelum ini, Intelectasia
juga telah melatih seramai 30 pegawai perhubungan awam PDRM dari seluruh negara
melalui kursus yang sama.
ENDS